Thursday, November 30, 2017

Fesyen Pakaian

Bagi seorang mukminah solehah, fesyen pakaiannya BUKAN hal penting yang perlukan perhatian yang banyak, masa dan wang. 
- Yang penting baginya adalah KUALITI diri, ilmu yang padat & minda segar. 
- Pakaiannya cukup sekadar yang kemas bergosok dan rapi dengan warna sederhana. 
- Keyakinan dirinya TIDAK terletak pada ranggi pakaiannya. 
- Dia juga BUKAN hamba kepada fesyen dan kecantikan pakaian. 
- Dia Hamba Allah dan hatinya sentiasa ditumpu untuk diisi dan dibersihkan mencapai redha Allah.
- Justeru fesyen tudung, jubah, blaus, kain etc BUKAN bicara hidupnya & prioriti, itu semuanya sampingan sama sekali.

Namun tidak dinafikan ada muslimah yang belum jinak dengan agamanya (ISLAM), lalu diakui sebahagiannya MEMERLUKAN fesyen sebagai 'jambatan' ke alam hakiki & tulen, meninggalkan alam pura-pura yang terlebih fokus kepada 'bungkusan' sehingga melupakan isi.

Justeru bagi wanita seperti mereka, berfesyen masih BOLEH diterima JIKA 
- menepati syarat penutupan aurat 
- serta digayakan semata sebagai 'jambatan' untuk menuju yang sifat mukminah sebenar, 
- dan BUKAN untuk terus MENETAP di atas 'jambatan' tersebut selamanya, kerana ia BUKAN MATLAMAT & objektif kehidupan ini.  

(Petikan perkongsian Ceramah saya bertajuk Fesyen & Aurat Wanita, 21 Dis 14, Masjid Rahimah)

#DrZaharuddinAbdRahman
Dec 1, 2017

Sunday, November 26, 2017

Perbelanjaan Keluarga

Setiap perbelanjaan anak itu ada nilainya di sisi Allah. Jangan mengungkit dan mengeluh tapi berbelanjalah dengan mengharap balasan Allah. 

Abu Hurairah radhiallahu 'anhu berkata bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

دِيْنَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي سَبِيْلِ اللهِ وَدِيْنَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي رَقَبَةٍ وَدِيْنَارٌ تَصَدَّقْتَ بِهِ عَلَى مِسْكِيْنٍ وَدِيْنَارٌ أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ، أَعْظَمُهَا أَجْرًا الَّذِي أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ

"Satu dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah subhanahu wa ta'ala, satu dinar yang engkau keluarkan untuk membebaskan hamba, satu dinar yang engkau sedekahkan kepada seorang miskin dan satu dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu, maka yang paling besar pahalanya dari semua nafkah tersebut adalah satu dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu."